Translate

30 April 2016

Tauke Kedai Berani Hentak Kepala Penyamun Berpistol

Tauke Kedai Berani Hentak Kepala Penyamun Berpistol


KLANG, 29 Apr - Seorang penyamun bertindak melepaskan beberapa das tembakan rambang selepas gagal menyamun sebuah kedai telekomunikasi dalam kejadian di Jalan Meranti Putih, Taman Desa Permai 2 di sini hari ini.

Sinar Online melaporkan, dalam kejadian 4.30 petang itu, suspek datang ke premis sendirian dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan tujuan kononnya ingin membeli telefon bimbit.

Suspek kemudian menunjukkan pistol kepada pemilik kedai dan mengugutnya menyerahkan wang selain mengarahkan beberapa pelanggan duduk.

"Selain itu, suspek telah mengarahkan pemilik kedai berusia 50-an itu untuk mengeluarkan telefon bimbit yang diletakkan di rak pameran

"Ketika suspek yang cuba untuk mengambil telefon bimbit itu, pemilik kedai telah menghentak kepala suspek di rak pameran hingga menyebabkan suspek melepaskan satu das tembakan," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.


Suspek kemudian cuba melarikan diri namun dikejar pemilik kedai dan berlaku pergelutan.

Kata Yusoff lagi, seorang pelanggan turut membantu menangkap suspek.

Insiden itu juga menyebabkan suspek sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan hingga hampir mengenai seorang kanak-kanak yang berada berhampiran lokasi kejadian


"Suspek berjaya ditangkap dan polis telah merampas sepucuk pistol jenis Colt .45

"Siasatan dapati suspek berusia 44 tahun, datang dari Sungai Buloh dan mempunyai kes dikehendaki bersabit kes samun di Rawang selain turut memiliki empat rekod samun," katanya lapor Sinar Online.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai R' 13 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 15 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 16 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 4 hrs 2 mins ago