Translate

27 April 2016

Pawagam GSC Jamin Beer Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam

Jual Bir Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam


Pihak pengurusan pawagam GSC hari ini telah tampil memberi jaminan bahawa mereka akan hanya menjual bir kepada orang dewasa dan bukan Islam dari cawangannya, laporMalaysiakini.

Pihak GSC tampil membuat kenyataan berkenaan selepas Persatuan Hindu Pulau Pinang(PHA) telah membuat aduan berikutan terdapat jualan alkohol di pawagam itu di mana menurut persatuan berkenaan ia boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PHA P. Murugiah melalui NGO Persatuan Hindu Pulau Pinang telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.
"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya. - Siakapkeli.my




S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 21 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 17 mins ago