Translate

29 April 2016

Polis menahan 3 suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak pasukan JDT II, Mohd Zaquan Adha.

Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan



Kota Tinggi: Pihak polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak pasukan JDT II, Mohd Zaquan Adha.

Ketia-tiga warga tempatan yang berusia 23,29 dan 37 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri kira-kira jam 1.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, tangkapan itu adalah hasil risikan dan siasatan pihaknya.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau juga, pihak polis turut merampas dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumika' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'When RHB Bank founder Rashid Hussain tied the knot' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita, anak saudara lemas' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 23 mins ago