Translate

23 April 2016

Gara-gara memuatnaik gambar yang menunjukkan seekor anjing putih digantung sehingga mati, seorang lelaki telah dikecam teruk oleh netizen

Pencinta Haiwan Kecam Tindakan Lelaki Bangga Muat Naik Gambar Gantung Anjing Sampai Mati


Gara-gara memuatnaik gambar yang menunjukkan seekor anjing putih digantung sehingga mati, seorang lelaki telah dikecam teruk oleh netizen dan pencinta haiwan.

Lelaki berkenaan yang dipercayai merupakan seorang anggota polis bantuan di Bahagian Keselamatan, Malaysia Airports berdasarkan maklumat di Facebooknya dikatakan menggantung anjing berkenaan sehingga mati kerana anjing tersebut telah menyerang beberapa ekor angsanya.

"Penjenayah dihukum gantung sampai mati," tulisnya di laman Facebook.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan telah membuang gambar tersebut setelah menerima kritikan teruk dan perbuatannya itu telah tersebar sehingga ke pengetahuan pencinta haiwan.

Selain itu, laman Facebook lelaki berkenaan dipecayai sudah dinyahaktifkan selepas diserang netizen.

Memetik kemaskini di laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue, seorang pencinta haiwan, Puspa Rani telah membuat satu laporan polis.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Inspektor Zukhairi yang akan menyoal siasat pelaku, F**** M**** dan segala keterangannya akan diambil berhubung tindakan pelaku yang jelas menzalimi haiwan,” jelas Puspa.

Sebuah petisyen juga telah diwujudkan netizen yang mana mendesak lelaki terbabit dikenakan hukuman yang setimpal akibat tindakannya itu. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Nottingham Forest shocks Tottenham to strengt' 54 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 45 mins ago
A visitor from Barnaul viewed '23-year-old woman was injured when she was brutall' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 8 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 8 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 8 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 8 hrs 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 10 hrs 18 mins ago