Translate

27 April 2016

Seorang ramaja berumur 20-an telah mengalami kecederaan selepas dibelasah oleh orang awam di kawasan perumahan

Remaja Diikat Dan Dibelasah Orang Awam, Disangka Mencuri Kerana Beli Barang Tanpa Plastik




KUALA TERENGGANU: Seorang ramaja berumur 20-an telah mengalami kecederaan selepas dibelasah oleh orang awam di kawasan perumahan PPR di sini, pada Sabtu lalu, lapor KiniTv

Menurut sumber, remaja berkenaan dipercayai membawa barang yang dibelinya dari sebuah pasaraya besar tanpa plastik menyebabkan mangsa disangka telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR tersebut.

Beliau telah ditangkap oleh orang ramai dan telah dipukul tanpa usul sehingga mengalami kecederaan.

Menurut sumber juga, selepas diserahkan kepada pihak polis, barulah kisah sebenar diketahui di mana sebelum itu remaja berkenaan telah ditangkap kerana cuba mencuri di pasaraya besar berkenaan dan dia telah pun membayar untuk barangan tersebut.

Menurut sumber lagi, pada hari Sabtu, pihak pasaraya tidak menyediakan plastik ataupun perlu dibeli dengan harga 20 sen menyebabkan mangsa memilih membawa balik barangan berkenaan tanpa plastik.

Keadaan ini telah menimbulkan salah sangka dari pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya telah menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.

"Akibat tidak puas hati, remaja ini telah memukul pelanggan Giant tadi. Ketika inilah keadaan mula hilang kawalan."

"Pelanggan lain yang berdekatan turut sama memukul remaja tadi, dan ini mendorong remaja tadi melarikan diri ke flat PPR yang bersebelahan dengan pasaraya Giant." cerita sumber. - Siakapkeli.my

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 5 hrs ago