Malam Tadi di Usia 90 Tahun, Tun M Masih GAGAH Turun ke Jalan TAR Demi Negara dan Rakyat
Malam tadi, dalam usaha mencapai matlamat mengumpul satu juta tandatangan terhadap Deklarasi Rakyat, kumpulan Selamatkan Malaysia telah keluar bertemu orang ramai di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman .
Berbekalkan papan pengisytiharan dan pen, anggota kumpulan itu menggesa pengunjung pasar malam berkenaan menurunkan tandatangan mereka.
Ramai pemimpin yang hadir untuk menarik lebih banyak tandatangan, termasuk
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikerumuni orang ramai ketika berjalan di pasar malam itu.
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikerumuni orang ramai ketika berjalan di pasar malam itu.
Walaupun Mahathir diapit pengawal peribadinya, mereka dibenarkan untuk
mengambil gambar dengannya atau menyerahkan deklarasi yang ditandatangani kepada beliau secara peribadi.
mengambil gambar dengannya atau menyerahkan deklarasi yang ditandatangani kepada beliau secara peribadi.
seorang wanita menandatangani deklarasi itu di belakang badannya.
Ramai pengunjung juga mahu bergambar dengan personaliti lain yang hadir
seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan Maria.
seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan Maria.
Tokoh-tokoh lain yang berada di sana termasuk Anggota Parlimen Pokok Sena
Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk
Khairuddin Abu Hassan.
Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk
Khairuddin Abu Hassan.