Translate

10 April 2016

‘Saya YB Kawasan Ni, Awak Tak Fahamkah?’ kata Ahli Parlimen DAP Stampin kepada anggota polis bertugas di lapangan terbang

Video : ‘Saya YB Kawasan Ni, Awak Tak Fahamkah?’
yb stampin

KUALA LUMPUR – ‘Saya YB Kawasan Ni, Awak Tak Fahamkah?’ kata Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping kepada anggota polis yang bertugas dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sabtu.

Kok Ping berkata demikian apabila anggota polis berkenaan enggan memberi kebenaran kepada beliau dan pengikutnya masuk ke kawasan keselamatan berdasarkan prosedur yang ditetapkan LTAK.

“Ini kawasan Stampin. Kamu beritahu saya, kawasan ni siapa YB?

“Saya! Saya YB Parlimen kawasan ini…tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya….” katanya berulang kali kepada anggota polis tersebut.


Berdasarkan klip video yang dimuatnaik di laman media sosial, Kok Ping dengan angkuhnya turut berkata kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada ‘kawasan jajahannya’ sebagai ahli parlimen dan tindakan boleh kepada sesiapa sahaja mengikut akta parlimen.

Sementara itu, ramai netizen mengecam tindakan Kok Ping dan menyifatkannya sebagai seorang wakil rakyat sombong dan gila kuasa.

Az Balia berkata, “Sombong melampau YB Stampin  Tan Kok Ping ni di Airport KIA.

Pak Saok berkata, “Nasib baik aku sik diam dalam kawasan DAP… mun sik tek… bahayalah sidak adik-adik perempuan ku di rumah… YB ada kuasa boleh masuk sebarang mana-mana tempat dalam kawasannya..,”tulisnya.

“Banyak cantik muka YB DAP tok merik sebarang arahan yangnya berkuasa boleh masuk kawasan airport sebarangan. Kerananya YB Parlimennya berkuasa ke atas airport,”kata Mohamad Faishal MFbujang.

Mohd Arlif Bodo menulis “Ingat YB boleh molah sukatinya ka?? Mun menanya madahnya tegah kerja nak melawat kawasan. Pakelah saluran yang betul. Entah apa-apa,”tulisnya.

SuaraTV

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED