Pentas Runtuh Ketika Sesi Bergambar Bukan Babitkan Pelajar M'sia
LAMAN sosial WhatsApp hari ini kecoh berikutan sebuah video yang tersebar mendakwa pentas yang digunakan oleh sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir ketika sesi bergambar runtuh secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, tinjauan Malaysia Digest mendapati insiden tersebut adalah tidak benar, sebaliknya ia melibatkan pelajar di sebuah kolej di Baghdad, Iraq, lapor Mail Online.
Dalam kejadian pada 30 Mac lalu, detik gembira sekumpulan graduan yang mahu merakam gambar selepas majlis penyerahan ijazah bertukar detik hitam selepas platform yang digunakan mereka tiba-tiba roboh.
Kejadian mengejutkan itu berlaku mebabitkan sekumpulan pelajar di Kolej Farmasi Baghdad, selepas pentas yang dibina untuk sesi fotografi pada awalnya dilihat bergoyang, sebelum bahagian atas platform yang dipenuhi oleh kumpulan pelajar terbabit runtuh mengakibatkan pelajar terjatuh atas satu sama lain.
Insiden turut disaksikan oleh ibu bapa pelajar, sebelum masing-masing bergegas menyelamatkan anak mereka.
Memetik laporan portal tersebut lagi, runtuhan bermula di bahagian barisan belakang, sebelum keseluruhan platform tersebut runtuh.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya beberapa orang pelajar dirawat di hospital akibat runtuhan platform itu.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3517937/Horrifying-footage-shows-moment-graduation-stand-gave-way-shocked-parents-Iraq.html#v-1024159759836006801
- MALAYSIAN DIGEST