Viral Video 'Pau' Pelajar : Polis Mohon Orang Ramai Tampil Beri Maklumat
KUALA LUMPUR, 19 Apr: Polis memohon agar orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berikutan viral video yang memaparkan dua anggota polis yang memeras wang dari seorang pelajar.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata perkara itu dipandang serius oleh pihaknya kerana ianya jelas mencalar kredibiliti pasukan.
"Polis mengesan sebaran video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan tindakan dua anggota polis berpakaian operasi memeras wang daripada seorang individu didakwa seorang pelajar
"Justeru, polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden itu atau mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
"Polis tidak mengamalkan 'Blue Wall of Silence' (menyembunyikan salah laku) dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya," katanya lagi.
Sebelum ini, video terbabit yang dimuat naik oleh laman Facebook Malaysia Viral Story menjadi viral. - Siakapkeli.my
S