Viral Video Lelaki Panjat Kereta Isteri : "Tolong Hentikan Fitnah Ini" - Keluarga
SHAH ALAM, 11 Apr - Berikutan viral video yang merakamkan aksi seorang lelaki memanjat kereta yang dipandu isterinya, keluarga lelaki terbabit meminta orang ramai agar berhenti dari menyebarkannya.
Portal Sinar Harian melaporkan, seorang ahli keluarga lelaki terbabit telah menghubungi mereka bagi merayu kerjasama orang ramai untuk menghentikan fitnah yang tersebar.
“Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.
"Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,” kata individu tersebut.
Menurut individu lagi, dia juga tahu siapa yang merakam dan menyebarkan video itu kepada umum.
“Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.
“Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti...fitnah lagi bahaya dari membunuh...,” katanya.
Dia juga mempersoalkan adakah individu yang merakam dan menyebarkan video itu tidak merasa malu dengan perbuatannya itu.
Pihaknya yakin video itu sengaja disebar untuk memalukan keluarga lelaki itu.
Video berkenaan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook semalam dan ditonton hampir lebih 1 juta pelayar. - Siakapkeli.my
Video: Suami Panjat Kereta Gara-Gara Terlafaz Talak
GARA-GARA terlafaz talak, seorang lelaki menyesal tak sudah hingga sanggup bertindak nekad ‘bergayut’ di kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya, dengan harapan wanita itu menerimanya kembali.
Menerusi rakaman video yang kini mendapat lebih 6,000 perkongsian di media sosial, lelaki itu dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruhnya berbuat demikian.
Jelas kedengaran, lelaki tersebut merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk cermin kereta.
Beberapa minit kemudian, penduduk sekitar dilihat mula campur tangan dan meminta lelaki terbabit turun dari kereta lalu dia dilihat seakan memberitahu ‘ini urusan rumah tangga’.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ‘suami bergayut’ ini melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua pihak namun kebanyakannya menyalahkan tindakan si suami yang dikatakan gila talak.
“Watch out every single words yang keluar dari mulut…pengajaran ye macam ni rupenye gile talak,” tulis Mis Bie Ballerina.
“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kat sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan,reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.
Talak memang mudah diucap namun bahana selepas ia diungkapkan kadangkala tidak tersangka oleh ‘pelontar’ talak itu sendiri, jadi hati-hati kerana ia membabitkan hukum agama.
Sehingga sekarang lanjutan kes ini belum diketahui namun diharapkan ianya sudah diselesaikan secara baik. – MYNEWSHUB.CC
