Translate

25 February 2016

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya mendedahkan muslihat sekumpulan wanita yang dipercayai sekeluarga mencuri barangan di kedai

CCTV Rakam 'Geng Kangkang' Curi Barang

KUALA LUMPUR: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya mendedahkan muslihat sekumpulan wanita yang dipercayai sekeluarga mencuri barangan di kedai tersebut.
Video yang memaparkan aksi licik sekumpulan wanita ‘berhjab’ itu kini mula tersebar di laman sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Video Viral, kelihatan beberapa wanita terbabit memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di satu penjuru kedai yang terlindung untuk memasukkan barang ke dalam beg.
Malah lebih mengejutkan, rakaman tersebut turut menunjukkan wanita terbabit menyembunyikan barangan yang dicuri di dalam kain mereka.

Berdasarkan rakaman turut kelihatan kelibat seorang lelaki yang dipercayai dalang kepada kegiatan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai menggunakan taktik dengan menyamar sebagai pembeli, sebelum bertindak mencuri barangan.
Bagaimana, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 7,000 pengguna Facebook.


- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 7 secs ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 29 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed '20 kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran d' 29 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '12 saksi diambil keteranga' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 36 mins ago