Translate

29 February 2016

Ayda Jebat memenangi kesemua pencalonan termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 24, menepati ramalan ramai apabila memenangi kesemua pencalonan termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB di sini, malam tadi.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut memenangi Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP dan Pelakon MeleTOP.

Kemenangan Ayda itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pelawak dan penyampai radio, Johan turut menggondol lima trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki).


Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, turut memenangi kategori Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi mempertahankan kemenangan kategori Bintang Online MeleTOP bagi tahun kedua.

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah berjaya dinobatkan sebagai Artis Baharu MeleTOP.
Kumpulan Akim & The Majistret masih unggul apabila memenangi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP bagi tahun kedua.

Pengacara, Datuk AC Mizal juga turut mempertahankan trofi kategori Hos MeleTOP selain memenangi kategori Fesyen MeleTOP.

Pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem lakonannya, Polis Evo diumumkan sebagai Filem MeleTOP.
Buat pertama kalinya juga, AME 2016 memperkenalkan kategori Anugerah Khas MeleTOP.
Anugerah ini dimenangi pengulas sukan veteran, Zulkarnain Hassan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama sebanyak RM10,000 beserta trofi.

AME 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan Jihan Muse.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Siti Nurhaliza, Ella, Joe Flizzow, De Fam, Siti Nordiana, Syamel, Ayda Jebat, Waris, Amira Othman, Akim & The Majistret, SonaOne, Stacy, Jaclyn Victor, Forteen, KRU dan ramai lagi.

AME 2016 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.
Senarai penuh pemenang AME 2015:
1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan
2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat
3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Datuk AC Mizal
4. Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah
5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza
6. Anugerah Couple MeleTOP - Johan & Ozlynn
7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era
8. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit
9. Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat
10. Lagu MeleTOP - Ayda Jebat (Siapa Diriku)
11. Program TV MeleTOP - Gegar Vaganza 2015
12. Drama TV MeleTOP - M.A.I.D
13. Host MeleTOP - Datuk AC Mizal
14. Artis Lawak MeleTOP - Johan
15. Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat
16. Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak
17. Filem MeleTOP - Polis Evo
18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan
19. Anugerah Khas MeleTOP - Zulkarnain Hass

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118826#sthash.E4sA7bif.dpuf



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 12 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 15 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 35 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 44 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed '20 kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran d' 44 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '12 saksi diambil keteranga' 51 mins ago