If you love Umno, reject Najib now, Dr Mahathir reminds party members
Tun Dr Mahathir Mohamad has sent a strongly-worded reminder to Umno members to rethink their commitment towards Umno president Datuk Seri Najib Razak, saying that support from members are not enough for the party to win elections.
Writing in his blog chedet.cc today, the former prime minister warned that if members do not reject Najib, Umno may not recover in time for the next general election.
"If you love Umno, reject Najib now. If you love Najib, Umno will lose power and crumble," he said.
The retired statesman has been relentlessly criticising 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and Najib, who is also finance minister and chairman of the company's advisory board.
He pointed out today that Umno's win is not determined just by members of the Malay party but also those who believe in Umno's struggles.
"Najib is pushing you to support him to win the 14th general election. Sadly, supporting Najib as Umno's chief will only secure losses instead of victory," Dr Mahathir said.
Umno will be destroyed because members too, cannot accept Najib and his actions. – Tun Dr Mahathir Mohamad
He added this was because in truth, votes from Umno members alone are not sufficient to ensure its candidates a win because the total number of Umno members never exceeded half of the total voters in any area.
"The ones that gave victory to Umno are the Malays, the ones who believe in the party's struggle but did not join the party. The Chinese and Indians too contributed to the victory," he said.
Dr Mahathir said at the current moment, these "supporters" appeared to have lost their trust in Umno and "hated" Najib, believing that he had used money to gain the support of party leaders.
"This was openly acknowledged by several division heads and Members of Parliament. When the opposition called them out, no one denied it."
Dr Mahathir predicted that in the upcoming GE14, the Malays, Chinese and Indians will reject Barisan Nasional (BN) because they disagreed with Najib's leadership.
"Umno will be destroyed because members too, cannot accept Najib and his actions. Many of them will vote the opposition or not vote at all," he said.
On the contrary, Dr Mahathir said chances for BN and Umno will only be better without Najib at the helm.
"If he is no longer the president of Umno and the BN leader, most likely BN and Umno will win.
"The people's hate is not focused on Umno or BN. They can't accept Najib and their anger is only towards him and a few bootlicking Umno leaders." – September 10, 2015.
Artikel TERBAHARU Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 10 Sept 2015
WAHAI AHLI UMNO
1. Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.
2. Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.
3. UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.
4. Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.
5. Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.
6. Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.
7. Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.
8. Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.
9. Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.
10. Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.
11. Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.
12. Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.
13. Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.
14. Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.