Translate

13 September 2015

SPAD Sita 10 Buah Kereta GrabCar MyTeksi



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) semalam telah menjalankan Operasi Revus Tegas bagi membanteras penglibatan kereta persendirian berkenaan yang beroperasi sebagai GrabCar.

Operasi telah dijalankan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melibatkan 51 orang anggota  bagi mengesan kegiatan GrabCar ini dan memantau operasi teksi yang tidak menggunakan meter.

Operasi kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi adalah salah disisi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai lesen pengendali.


Dalam operasi ini pihak SPAD telah menyita 10 buah kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai GrabCar dan 8 buah teksi yang beroperasi tanpa menggunakan meter.

Jenis-jenis kenderaan yang disita adalah 8 buah teksi, 2 buah Produa Alza, Hyundai Starex, Honda City, Nissan Almera, Myvi, Kia Rio, Suzuki Swift, Grand Livina dan Hyundai Matrix.

Dalam pada itu pihak SPAD menegaskan operasi tersebut akan dijalankan lebih meluas dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan GrabCar ini. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED