Translate

16 September 2015

Polis sahkan mayat bersimen adalah Morais, tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun



Polis sahkan mayat bersimen adalah Morais 

Oleh Safeek Affendy Razali; Nor Azizah Mokhtar dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my



 TONG dram dipecahkan selepas dijumpai di satu kawasan paya di USJ 1, Subang Jaya. - Foto Asyraf Hamzah SUBANG JAYA: 

Polis klasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh. Beliau berkata, motif pembunuhan Morais berkaitan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam. 

Dalam sidang media di sini, beliau berkata, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun. 

Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama. 

Dalam pada itu, polis percaya kereta terbakar di Hutan Melintang, 99 peratus ada kaitan dengan kes bunuh Morais berdasarkan kesan kemalangan. 

Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais, katanya. MAYAT Kevin Morais di dalam kenderaan polis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani proses forensik. - 



Foto Asyraf Hamzah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82273

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED