Translate

09 September 2015

Penumpang MAS Menyamar Terlepas Masuk

Penumpang MAS Menyamar Terlepas Masuk

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) meluahkan kekesalan terhadap tahap keselamatan syarikat penerbangan tersebut selepas mendakwa identitinya digunakan penumpang lain untuk menaiki pesawat berkenaan.
Chin Xin Ci, meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman Facebooknya, yang mana sehingga kini statusnya telah mendapat perhatian ramai dalam kalangan pengguna media sosial sehingga dikongsi lebih 1,800 orang.
Dalam kenyataan tersebut, Xin Ci yang menaiki pesawat MAS, MH1433 dalam perjalanan dari Langkawi Ke Kuala Lumpur mempersoalkan bagaimana individu yang tidak dikenali boleh menyamar sebagainya, selain turut mengambil tempat duduknya.
“Saya lihat ada orang duduk di tempat duduk saya semasa di dalam pesawat. Saya memaklumkan bahawa tempat duduk itu adalah tempat saya tetapi bayangkan betapa terkejutnya saya apabila dia mengeluarkan pas berlepas yang tertulis nama saya dan nombor penerbangan yang sama,” tulisnya dalam entri tersebut, 6 September lalu.
Tambah Xin Ci, kejadian tersebut jelas menunjukkan kelemahan tahap pemeriksaan keselamatan di pintu masuk yang mana disifatkannya sebagai perkara serius.
“Bayangkan risiko keselamatan sekiranya orang boleh memasuki pesawat dengan pas pelepasan orang lain.
“Apa jadi sekiranya orang itu adalah penjenayah dan berjaya menggunakan identiti saya untuk menaiki penerbangan itu. Tidakkah kita belajar apa-apa daripada insiden MH370?,” soalnya.

- Malaysian DIgest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '“The Malaysia Airlines We Built” terjual hampir 50' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 57 mins ago