Translate

17 September 2015

Che Ta membuat keputusan menarik diri daripada menjadi juri tetap AF kerana diherdik Edry kerana mengkritik peserta AF

Che Ta Tarik Diri Dari Akademi Fantasia, Adry Ucapkan "All The Best"


Susulan keputusan Che Ta ataupun nama sebenarnya Rozita Che Wan membuat keputusan menarik diri daripada menjadi juri tetap AF kerana diherdik Edry kerana mengkritik peserta AF.

Pengetua Akademi Fantasia2015, Edry Abdul Halim telah tampil meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan

Edry menyifatkan, sebagai pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajarnya dari menerima sebarang kritikan yang tidak membina.

“Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia.

“Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina.

“Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat?

“Dah masuk minggu ketujuh, dan saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya dipetik dari Astro Gempak.

Selain itu, Edry juga tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional.

Jika nak kata saya bersikap tak profesional, itu salah! Saya masih lagi boleh terima terima apa sahaja kritikan dengan terbuka asalkan ia dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar.

“Sebagai contoh Dato’ Ramli, setiap kritikan yang diberikan mempunyai penjelasan di mana pelajar sendiri juga faham.

“Saya hormati kerja Che Ta sebagai juri dan dalam masa yang sama juga saya perlu pertahankan pelajar-pelajar saya,” katanya tegas.

Edry semasa dihubungi Astro Gempak diminta mengulas mengenai penarikan diri Che Ta tersebut, beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara itu adalah keputusan yang terbaik baginya.

“Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik.

“Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta.

“Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik.” katanya mengakhiri perbualan. - Siakapkeli.my


Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, 43, telah menarik diri dari terus menjadi juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan.

Beliau dikatakan menarik diri selepas telah diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.

"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.

"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.

Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.

"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.

Dalam pada masa itu, Edry pula telah menjawab mengenai herdikannya itu tehadap Che Ta di mana tindakannya itu adalah semata-mata mahu mempertahankan pelajarnya kerana kritikan tersebut bukanlah satu kritikan yang membina.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya. -Siakapkeli.my

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED