Translate

10 August 2015

Pengguna Uber Terkejut Panggil Perodua Myvi McLaren yang datang.

Pengguna Uber Terkejut Perodua Myvi Jadi McLaren
Details Published on Monday, 10 August 2015 16:55 Written by Hasimi Muhamad




KUALA LUMPUR: Lebih ramai rakyat Malaysia nampaknya memilih untuk menggunakan perkhidmatan Uber memandangkan ia disifatkan lebih selamat dan mesra pelangggan.

Malah, lebih mengujakan apabila pengguna Uber baru-baru ini menerima kejutan apabila berpeluang menaiki kereta mewah jenis McLaren MP4-12C.

Perkara tersebut dilakukan oleh AutoBuzz.my dalam satu projek terbaharunya apabila kru mereka menyamar sebagai pemandu Uber yang kononnya membawa kereta jenis Perodua Myvi.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Youtube AutoBuzz.my pada 5 Ogos lalu, kru tersebut yang dikenali sebagai GC memandu kereta mewah berwarna ungu berkenaan mengambil beberapa penumpang bertuah yang memghubunginya untuk mendapatkan perkhidmatan teksi.

Ternyata, beberapa penumpang tersebut kelihatan begitu teruja apabila dapat merasai pengalaman menaiki kereta mewah yang asalnya hanya diketahui sebagai kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, AutoBuzz menjalankan projek tersebut bertujuan untuk memberi kejutan, selain mengukir senyuman kepada rakyat Malaysia.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 112, 000 pengguna.





MalaaysianDigest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED