Siapa sangkakan disebalik wajah ayunya dahulu bertudung yang membuatkan ramai lelaki 'bergetar tulang rusuk' melihat kelibat cikgu Aishah mengajar di sebuah sekolah dan kisah 'surat cinta dari bapa untuk cikgu Aishah' kini cikgu Aishah sudah berubah 100% dari pernampilannya dulu.
Cikgu Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman pernah menjadi viral sebelum ini di mana menjadi bualan ramai Netizens di Malaysia. Beliau mendapat status cikgu berkenaan selepas menjadi guru sandaran di sebuah sekolah.
Kemudiannya, Puteri Aishah telah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014 / 2015 yang berlangsung baru-baru ini di mana namanya berjaya ke peringkat akhir.
Terbaru, beliau telah menjadi sasaran kritikan Netizens apabila dikatakan telah tampil berpakaian ketat sehingga menampakkan 'lemak' berlipat diperut dan juga skrit pendek menampakkan peha gebunya.
Perkembangan terbaru ini berlaku semasa beliau bersama Nelydia Senrose telah menghadiri sebuah majlis di mana beliau mengenakan pakaian yang berlawanan dengan imejnya semasa mula menjadi viral dahulu.
Beliau sepatutnya menjaga imej yang membawa namanya naik dan dikenali ramai, kerana imej ayunya sebelum inilah namanya mula naik tetapi dengan perkembangan ini pasti akan mewujudkan persepsi tidak baik terhadapnya.
Apapun bagi SK kalau nak berpakaian macamtu sekali pun fikirlah bentuk badan kita dahulu kerana bila dah terkenal ini segala tindak tanduk kita pasti akan menjadi perhatian ramai. -Siakapkeli.my