Translate

21 July 2015

Suspek yang membunuh seorang juruaudit Malindo Air berusia 46 tahun, Suraiza Hamzah ditahan reman.

KUALA LUMPUR, 20 Julai:

Suspek yang membunuh seorang juruaudit Malindo Air berusia 46 tahun, Suraiza Hamzah ditahan reman selama lebih seminggu bagi membenarkan polis menyelesaikan kes pembunuhan tanpa ragu itu.
Ketua Polis Brickfields, Penolong Pesuruhjaya, Shahrul Osman Mansor berkata bahawa tiada sebarang penglibatan daripada pihak luar dan pembunuhan itu dipercayai telah dilakukan oleh suami mangsa yang berusia 47 tahun.
“Kami akan selesaikan siasatan dalam masa seminggu lagi dan akan menghantar segala bukti yang terkumpul kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Rakyat Post.
Suraiza ditemui mati di dalam rumahnya di Taman Tun Dr Ismail yang dipercayai telah dipukul sehingga mati oleh suaminya.
Shahrul di dalam kenyataannya semalam berkata, Suraiza dijumpai oleh anak lelakinya, 17 tahun di dalam rumahnya yang beralamat di Lorong Aminuddin Baki Dua, Taman Tun Dr Ismail pada 7.30 malam semalam.
“Suami mangsa yang berusia 47 tahun itu ditahan pihak polis kira-kira satu jam selepas kejadian bagi membantu siasatan.
Sharul berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu terlibat dalam pergaduhan selepas suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Suami mangsa yang tidak bekerja itu dipercayai berang dan memukul isterinya dengan objek tumpul.
Shahrul berkata ketika anak mangsa menemui ibunya yang kaku di atas lantai, beliau terus menghubungi saudara yang kemudiannya menghubungi pihak polis.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya lagi.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum mati mandatori.
Rakyat Post


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/21/suspek-pembunuhan-juruaudit-malindo-air-ditahan-reman-seminggu/#ixzz3gXD8qWya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED