Translate

27 November 2014

Yuna akui hubungan dengan Julian Schratter berakhir


25 Nov – Penyanyi yang semakin menyinar di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna mengakui hubungan percintaannya dengan jurugambar dan pengarah Inggeris, Julian Schratter telah pun berakhir.
"Sekarang saya solo. Solo dan rasanya tidak bersedia dengan hubungan. Saya penat rasanya. Saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang sama. Rasanya agak susah untuk beri komitmen dengan sesebuah hubungan kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.
"Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Saya mempunyai kehidupan di Los Angeles dan di Malaysia.
"Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang betul-betul boleh menerima dan memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai," ujar Yuna seperti dipetik daripada laporan Kosmo!
Sebelum ini hubungan Yuna dan Julian menjadi tanda tanya selepas penyanyi berusia 28 tahun ini kerap memuat naik foto mereka bersama menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Malah Schratter pernah mengikut penyanyi ini ke Kuala Lumpur dan kampung halamannya di Perak sekitar November tahun lalu serta tampil dalam video muzik Yuna berjudul "I Wanna Go".
Tambah Yuna, dia tidak lagi bertemu dengan Julian sejak kebelakangan ini memandangkan jejaka berkenaan tinggal di New York, manakala dia pula di Los Angeles.
Sebelum ini Yuna pernah menjalin hubungan cinta dengan pengacara dan pelakon Qi Razali.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Yuna yang masih bercuti sehingga Januari 2015 memberitahu, dia akan menunaikan umrah bersama keluarganya pada 14 Disember depan.
"Sebelum pulang ke Los Angeles, InsyaAllah saya akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga. Rasa berdebar dan semacam tak sabar juga sebab ini adalah pengalaman pertama kali saya ke sana," katanya.
Selain daripada itu juga, Yuna yang giat mempromosikan butik dalam talian miliknya, November Culture yang terletak di Subang Jaya bakal mengadakan satu persembahan secara tertutup bersama peminatnya pada 7 Disember akan datang.
Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga sedang merancang sebuah projek khas dengan pereka fesyen Hatta Dolmat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED