Translate

27 November 2014

Juliana Evans nafi balik Malaysia kerana dendam


24 Nov – Semenjak berita kepulangan aktres jelita Juliana Evans ke Malaysia diketahui ramai, pelbagai spekulasi timbul termasuk sebab utama dia ingin kembali ke tanah air.
Gadis kacukan ini turut menjadi buruan media bagi menjawab beberapa persoalan yang tergantung sepanjang ketiadaannya di Malaysia.
Antaranya adalah dakwaan timbul pergaduhan antaranya dengan kekasih kepada Zizan Razak iaitu Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini.
Bagaimanapun Juliana atau mesra dengan panggilan Jue menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia tidak bertemu dengan Emma, sebaliknya menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain.
"Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar.
"Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa dan kebetulan mereka di sana, tidak salah untuk saya luangkan masa," ujar Jue seperti dipetik daripada laporan Media Hiburan Online.
Walaupun kepulangan Jue ke Malaysia adalah atas urusan kerja, masih ada spekulasi mengatakan aktres berusia 25 tahun ini ingin membalas dendam dan cuba mengganggu hubungan pasangan tersebut.
"Buat apa saya nak dendam atau marah kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja. Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.
"Kalau boleh, jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan kariernya, Jue memberitahu dia akan terlibat dengan penggambaran filem "7 Dimensi Alif" pada Disember ini serta sebuah drama 13 episod.
Kemudian dia juga akan pulang semula ke Los Angeles kerana terikat dengan beberapa projek lakonan lain di sana.
[Sumber Foto: Blog Shengerleng]

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED