Translate

29 November 2014

Chacha Maembong tak berniat tunjuk aksi mesra




26 Nov – Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk mesranya dikhalayak ramai ketika menonton program "Maharaja Lawak 2014" pada Jumaat lalu.
Adik kepada pelakon jelita Emma Maembong ini berkata, dia langsung tidak menyedari aksi mesra bersama teman lelakinya itu dirakam kamera.
"Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.
"Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.
Tambahnya lagi, ketika aksinya itu dirakam, dia sedang bercakap dengan teman lelakinya ketika keadaan dalam dewan yang agak bising, membuatkan ramai menyalahertikan tindak-tanduknya itu.
"Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasalah orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan," katanya lagi.
Mengulas mengenai teman lelakinya itu, Chacha memberitahu, dia baru mengenali pemuda tersebut selama tiga bulan dan masih dalam peringkat mengenal hati budi masing-masing.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED