Translate

20 November 2014

Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai


19 Nov – Isteri kepada pelakon dan penerbit Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada Selasa.
Memetik laporan Sinar Harian, peguam syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili Vie Santie selaku plaintif memaklumkan ketika sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, terdapat beberapa permohonan lain berkaitan dengan perkahwinan mereka sedang dibincangkan untuk diselesaikan.
Dia juga turut memaklumkan pihaknya telah mengambil tiga keterangan saksi plaintif, tetapi memohon agar perbicaraan kes tersebut ditangguhkan kerana saksi-saksi berkenaan tidak dapat hadir.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof bagaimanapun tidak diwakili peguam.
Pasangan ini juga tidak menghadiri prosiding berkenaan kerana berada di luar kawasan.
Oleh itu, mahkamah telah menetapkan 13 Januari depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta agar pihak terlibat hadir bersama saksi.
Eizlan, 44, dan Vie Santie, 28, telah bernikah pada 7 Julai 2007 dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata yang berusia antara satu hingga lima tahun iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
[Sumber Foto: Kisah Emas Putih]

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED