Translate

20 November 2014

Hanez Suraya akui berkawan rapat dengan juruterbang

Hanez dengan Juruterbang ?

18 Nov – Aktres kontroversi Hanez Suraya mengakui berkawan rapat dengan seorang juruterbang selepas gambar mereka tersebar di Internet baru-baru ini, dan meminta orang ramai agar menghentikan gosip mengatakan dia sudah mempunyai kekasih baru.
"Sudahlah buat gosip pasal saya. Apa yang jadi pada saya sebelum ini, cukuplah. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Saya bimbang nanti kalau tersalah cakap, lain pula cerita yang timbul.
"Kami berkawan rapat. Itu saja yang boleh saya katakan. Selama ini dia banyak bagi semangat kepada saya.
"Dia tahu tentang kontroversi saya tetapi dia tidak kisah berkawan dengan saya. Kami pun bukannya selalu berjumpa" katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Tambah pelakon "Love You Mr Arrogant" itu lagi, dia kini tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki ketika ini.
"Berilah saya peluang dan ruang untuk menjalani kehidupan seperti mana orang lain. Bagilah masa bahagia dengan jalan saya sendiri.
"Salahkah saya hendak berkawan. Selama ini saya ada juga mengambil gambar dengan lelaki tetapi tidak pula dijadikan isu. Mesra sangatkah gambar itu sehingga orang mahu buat spekulasi macam-macam?."
Pada masa sama, Hanez turut berkata kapsyen gambar tersebut juga tidak menunjukkan mereka ada hubungan lebih dari sekadar kawan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED