- View PhotoAmber Chia alami keguguran akibat kandungan luar rahim
24 Nov – Supermodel terkenal Amber Chia yang gembira bakal menimang cahaya mata kedua menerima berita sedih apabila dia keguguran akibat kandungan luar rahim.
"Sebenarnya pada tahun 2008, saya telah pun menjalani satu pembedahan. Ketika itu doktor kata peluang untuk saya mengandung agak tipis akibat pembedahan itu.
"Tetapi saya bersyukur dapat melahirkan anak sulung, Ashton Wong yang kini berusia 4 tahun. Cuma tidak sangka pula saya terpaksa berhadapan dengan pembedahan itu lagi.
"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu apabila doktor memberitahu saya mengandung. Kemudian doktor mengatakan kandungan itu gugur. Perasaan itu bercampur baur, saya pasrah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, supermodel berusia 33 tahun itu turut menyuarakan rasa kecewanya kerana komplikasi yang dihadapinya membuatkan dia tiada lagi harapan untuk mengandung lagi.
Sementara itu, Amber berkata dia bersyukur walaupun mengalami keguguran kerana dia sudah mempunyai seorang anak berbanding pasangan lain yang masih berusaha mahu mendapatkan anak.
"Kita perlu meneruskan hidup seperti biasa, dan tidak perlu terlalu bersedih kerana saya masih boleh bersyukur kerana sudah pun mempunyai seorang anak berbanding segelintir pasangan lain yang masih berusaha untuk mendapatkan anak."