Translate

19 November 2014

Ajai: Saya sudah tidak percaya Anugerah Industri Muzik


14 Nov – Penyanyi dan komposer terkenal Ajai menyatakan bahawa dia tidak lagi menghantar sebarang pencalonan bagi menyertai Anugerah Industri Muzik (AIM) kerana tidak percaya terhadap kredibiliti penganjuran penganugerahan.
"Saya sudah tidak percaya AIM sejak kemenangan lagu Yuna berjudul "Penakut" sebagai Lagu Terbaik pada AIM 18 ditarik balik dan diberikan kepada lagu Anuar Zain menerusi lagu "Sedetik Lebih".
"Di situ sahaja kita dapat lihat bagaimana cacatnya proses anugerah ini dilakukan, walhal mereka mempunyai juruaudit dan komiti tersendiri. Adakah keputusan yang diterima daripada auditor dan komiti berbeza?," ujarnya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Tambah komposer berusia 39 tahun itu lagi, insiden tersebut sehingga kini menjadi tanya tanya kepada ramai pihak sehingga ramai penggiat muzik turut bertindak untuk tidak lagi menghantar pencalonan mereka.
"Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, ada sebab kenapa saya tidak percayakan AIM lagi selepas ia diuruskan oleh orang-orang baru dalam industri.
"Ia tidak sama seperti diuruskan oleh Jennifer Thomson dahulu yang mana kita lihat hasil pemenang yang diumumkan seiring dengan kejayaan artis itu dalam industri pada tahun tersebut."
Walaubagaimanapun, dia tidak akan menghalang artis-artisnya jika mahu menghantar pencalonan untuk anugerah AIM.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED