Translate

21 November 2014

Amelina kembali selepas 15 tahun menghilang


21 Nov – Penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu hits "Rindu" dan "Asyik" pada tahun 1995, Amelina kembali ke dunia hiburan tanah air selepas 15 tahun meninggalkannya.
Dipetik daripada laporan Berita Harian, Amelina dalam satu kenyataannya mendedahkan perkahwinannya sekitar tahun 1999 adalah salah satu sebab dia membuat keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian, tetapi enggan bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya itu.
"Semua yang berlaku sebelum ini adalah proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu lebih tabah, kuat dan bersemangat. Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsi secara terperinci.
"Saya memilih untuk tidak mengenang kisah silam. Justeru, saya kuatkan hati, bulatkan rasa dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," ujarnya.
Amelina kini telah bernaung di bawah Wake The Baby Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik komposer terkenal iaitu Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai.
Menurut Amelina, semuanya bermula selepas dia menghubungi Ajai sekitar Oktober lalu dan menyatakan hasratnya untuk kembali menyanyi.
"Hari ini, saya muncul untuk menyatakan saya sudah bersedia untuk memeriahkan industri seni tanah air.
"Saya berharap peminat akan menerima baik kehadiran saya dan sama-sama kembalikan kegemilangan dan kenangan muzik kita bersama," ujarnya.
Amelina dijangka muncul dengan lagu single terbaru tidak lama lagi.
[Sumber Foto: Berita Harian]

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED