Translate

21 November 2014

Adlin akan terus pertahankan hak bapanya


21 Nov- Berhubung dengan isu saman filem "Saloma", Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak prihatin pihak yang terlibat dalam filem tersebut.
"Saya kecewa dengan mereka yang telibat dalam filem "Saloma" kerana mereka ini beragama Islam. Melissa Saila juga tidak tampil untuk menjernihkan keadaan selepas sidang media yang saya adakan," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.
Baginya, untuk memfailkan saman malu, dia tidak berhak untuk membuat bagi pihak bapanya kerana hanya orang itu sahaja yang mempunyai hak tersebut.
"Dari segi perundangan memang tak salah, tetapi pihak Astro membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan waris. Dan Astro tidak rasa bersalah, isu moral ke etika ke lantak lah, janji ok."
Tambah Adlin lagi, dia tidak akan berputus asa untuk mempertahankan haknya sebagai waris Allahyarham AR Tompel, walaupun usahanya dengan mengadakan sidang media tidak berhasil, apabila tiada perbincangan yang dibuat antara pihak yang terlibat.
"Tidak ada perbincangan di luar dan mereka tidak menghubungi saya. Mereka juga ketepikan hubungan yang saya dan Astro pernah ada sama ada hubungan antara pihak televisyen sama ada hubungan sebagai kawan."
Dalam pada itu, Adlin turut memberi nasihat kepada penerbit di luar sana yang ingin menghasilkan karya mengenai mereka yang sudah tiada, haruslah lebih prihatin dengan menghubungi waris yang terlibat terlebih dahulu.
Sementara itu, Adlin kini sibuk mempromosikan filem terbarunya "Gila Baby" yang bakal menemui penonton pada 4 Disember ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 8 mins ago