Translate

04 November 2014

Pemenang-Pemenang Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) : "KIL" dinobat Filem Terbaik

FFM 26: "KIL" dinobat Filem Terbaik










2 Nov – Filem arahan Nik Amir Mustapha "KIL" mendominasi Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) dengan lima anugerah secara keseluruhan termasuk dinobat sebagai Filem Terbaik di malam kemuncak FFM26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan, malam semalam.
Seperti yang dijangka ramai, "KIL" turut merangkul anugerah Pengarah Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi Cristina Suzanne dan juga Poster Terbaik ketika malam perasmian FFM26 yang diadakan Rabu lalu di Empire Hotel, Subang.
Filem kontroversi arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba turut berjaya meraih lima anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Rusdi Ramli, Kesan Khas Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik serta Anugerah Khas Juri.
Manakala filem arahan Ellie Suriaty turut membawa pulang empat anugerah iaitu Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Zul Ariffin, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan juga Anugerah Pengarah Harapan menerusi Ellie Suriaty.
Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik telah dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi lakonannya dalam "Istanbul Aku Datang".
Pada masa sama, FFM26 turut menyampaikan beberapa anugerah khas iaitu Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita kepada Datuk Rosnani Jamil, Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki kepada Datuk Rahim Razali, serta kepada filem "Tanda Putera".
Malam kemuncak FFM26 turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Histeri, Hafiz Suip, Alyah, Adira dan ramai lagi.
Berikut ini senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:
Filem Terbaik: "KIL"
Filem Bukan Melayu Terbaik: "Paper Moon" (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)
Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)
Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Filem Box Office: "Husin Mon & Jin Pakai Toncit"
Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)
Anugerah Kesan Khas Terbaik: "Tanda Putera" (Pesona Pictures)
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali
Anugerah Khas Juri: "Tanda Putera"
Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah malam perasmian FFM 26:
Anugerah Poster Terbaik – "KIL" (Primeworks Studios)
Anugerah Penataan Seni Terbaik – "Penanggal" (Nazrul Asraff)
Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik – "Tanda Putera" (Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah)
Anugearh Skor Muzik Asal Terbaik – "Tanda Putera" (Sharon Paul)
Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – "KL Gangster 2" (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – "Istanbul Aku Datang" (Tomok/Rafidah Abdullah)
Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Ali Bin Husin
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – "Ajiboy" (Rykarl Iskandar)
Anugerah Filem Animasi – Tiada pemenang
Anugerah Filem Pendek Terbaik – "Jahit" (Reservoir Production Sdn Bhd)
Anugerah Pengarah Harapan – "Penanggal" (Ellie Suriaty)

Lisa Surihani Tak Jangka Menang Pelakon Terbaik FFM 26

Aktres Lisa Surihani Mohamed, 28, tidak menjangka dia dapat membawa pulang trofi kemenangan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) menerusi lakonannya dalam filem 'Istanbul Aku Datang'. Menewaskan calon-calon hebat seperti Ummi Nazeera, Diana Danielle, Sharifah Amani dan Mendiang Kalpana, watak Dian ternyata membawa tuah kepada diri Lisa.
"Alhamdulillah, syukur kerana saya dapat merangkul trofi ini. Saya langsung tidak menjangkakan saya menang. Sebab itu ucapan saya pun seperti tidak bersedia. Apa pun, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Bernard Chauly selaku pengarah, Red Films, Grand Brilliance dan semua tenaga produksi yang terlibat dalam pembikinan filem Istanbul Aku Datang.
Anugerah ini adalah hasil kerja berkumpulan yang ditonjolkan dalam filem ini," kata Lisa yang ditemui usai malam anugerah FFM 26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Merasa rendah diri apabila dia dianugerahkan trofi tersebut, Lisa menjelaskan yang dia menerima anugerah ini dengan penuh perasaan hormat kepada semua calon-calon lain.
"Sejujurnya, saya rasakan Ummi Nazeera yang bakal bawa pulang anugerah ini. Mereka semua hebat-hebat belaka. Saya terima trofi ini dengan penuh rasa hormat kepada semua calon lain, terutamanya kepada Mendiang Kalpana. Takziah diucapkan kepada keluarganya atas pemergian Kalpana," ujar Lisa lagi.
Bercakap mengenai keistimewaan watak Dian dalam filem 'Istanbul Aku Datang', Lisa menyatakan yang watak Dian berlainan daripada karakter asal dirinya.
"Jika karakter Dian di dalam filem kelihatan seperti seorang gadis yang sentiasa ceria dan 'happy go lucky', di luar saya tidak begitu. Ramai orang anggap watak Dian sama seperti karakter saya di luar. Apa pun, saya sukakan watak tersebut kerana saya suka lakonkan sesuatu yang bukan saya," cerita Lisa menutup bicara.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED