Translate

07 August 2014

Ramona Zamzam nafi jadi pihak ketiga selepas pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka


6 Ogos – Aktres drama "Cinta Jangan Pergi", Ramona Zamzam sudah menjangkakan namanya akan terpalit dan dituduh sebagai pihak ketiga selepas pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini.
Dipetik dari mStar, pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini turut memberitahu dia tidak berhubung mahupun bertegur sapa dengan Dazrin selepas gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.
"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.
Ramona Zamzam nafi jadi pihak ketiga
"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini. Selepas gambar kami menjadi isu, saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," ujarnya.
Tambah aktres berusia 24 tahun ini, dia tidak berniat untuk mengganggu hubungan tersebut, malah telah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun lalu sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra.
"Saya dan Dazrin sudah lama kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi, malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.
"Kalau benar-benar saya ingin mengganggu hubungan mereka, ia pasti sudah lama berlaku. Apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," jelasnya lagi.
Dua minggu lalu, gambar Ramona dan Dazrin yang dimuat naik di akaun Instagram aktres itu telah menimbulkan kontroversi selepas Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan ini.
Namun Ramona menjelaskan gambar tersebut bukanlah keterlaluan, sebaliknya ia diambil di lokasi penggambaran dimana Dazrin hadir membawa shisha.
Ramona turut memberitahu dia tidak pernah berhubung atau mengenali Amyra secara terdekat dan mengakui tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres itu.
Semalam Amyra dalam kenyataannya di akhbar Harian Metro berkata, perkahwinan mereka telah dibatalkan tetapi enggan berkongsi sebab kerana terlalu peribadi dan perlu menjaga hati banyak pihak.
Dazrin dan Amyra mula menjalin hubungan sejak Februari tahun lalu selepas bergandingan dalam drama bersiri "Jodoh" dan bertunang pada 25 Ogos tahun yang sama.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED