Translate

07 August 2014

Kemelut Zizan & Marina masih belum selesai


6 Ogos – Kemelut dalaman yang melibatkan dua individu penting yang menerajui syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment (WFE) iaitu Zizan Razak dan Marina Juki masih belum menemui jalan penyelesaian.
Menurut laporan portal mStar, Marina memaklumkan pihaknya gagal untuk bertemu dengan bekas pengacara Melodi itu yang sepatutnya berlangsung sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh WFE.
"Saya masih belum dapat bertemu dengan Zizan kerana dia sibuk dengan kerjaya seni tambahan pula waktu itu sudah hampir dengan sambutan Hari Raya.
"Hanya peguam kami yang berbincang tentang beberapa perkara yang menjadi pertikaian pada perjumpaan tersebut," katanya seperti yang dipetik dari portal berkenaan.

Terdahulu, seperti yang sedia maklum Zizan telah bertindak membekukan dua akaun milik syarikat tersebut sehingga menimbulkan masalah pembayaran gaji kepada pekerja dan artis naungannya iaitu Johan As'ari, Kaka Azraff dan Chacha Maembong.
Dalam pada itu, Marina menegaskan akan memberi kenyataan lanjut mengenai isu ini selepas berpeluang bertemu sendiri dengan Zizan bagi menyelesaikan kes ini secepat mungkin.
"Saya baharu sahaja masuk ke pejabat hari ini (semalam) dan belum berpeluang bertemu dengan peguam saya untuk mendengar penjelasan berhubung perjumpaan dengan pihak Zizan.
"Bagaimanapun saya hanya akan memberikan kenyataan selepas dapat berjumpa sendiri dengan Zizan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku," ujarnya.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED