- View PhotoYana Samsudin teruja jual biskut raya
25 Jul – Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Yana Samsudin ini bijak merancang masa hadapannya dengan menjalankan bisnesnya sendiri yang memasarkan produk biskut raya sempena Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi.
Selain bergelar seorang pelakon, pemilik Ijazah Sarjana Muda Seni Layar lulusan UITM Shah Alam ini juga pernah bergelar seorang pengarah filem berjudul "Selamat Pagi Cinta" seawal usia 23 tahun.
Berbakat dalam penulisan skrip, anak kelahiran Yong Peng, Johor ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan nyanyian.
Berpeluang menemui Yana baru-baru ini di majlis pelancaran filem terbarunya "Adnan Sempit Sawadikap", kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada dirinya yang kelihatan semakin jelita lewat kebelakangan ini. Sedang dilamun cinta mungkin?
Jom kita ikuti temubual eksklusif ini!
Assalamualaikum & apa khabar Yana?
Waalaikumussalam dan khabar baik, selamat berpuasa semuanya!
Seperti tahun sudah, Yana khabarnya penah menjalankan perniagaan biskut raya dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan, jadi adakah tahun ini Yana turut menjalankan bisnes berkenaan?
Ya, pada tahun ini saya dan ahli keluarga sibuk menguruskan bisnes biskut raya ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima oleh Yana Super Cookish amat menggalakan dan sangat diterima baik oleh pelanggan sedia ada dan juga yang baru. Pada tahun ini sahaja hampir 100 balang terjual dalam masa sehari dan terima kasih yang terhingga diucapkan kepada mereka yang menyokong bisnes saya ini. Selain kita pasarkan sendiri, Yana juga ada 'supply' di beberapa buah kedai dan mereka akan menjual biskut raya tersebut.
Apa yang istimewanya produk biskut raya Yana dan bagaimana untuk mendapatkannya jika ada yang berminat untuk membeli dan mencubanya sendiri?
Istimewanya biskut raya ini ianya versi 'home made' walaupun kita hasilkan di kedai. Rasanya seperti biskut yang dibuat sendiri tidak seperti di tempat-tempat lain. Di antara produk yang ditawarkan adalah seperti Choco Kak Yong, Suji Wawa, Snow Paradise, Green Forest, Strawberry Lolita dan banyak lagi. Kami jual melalui laman sosial dan juga boleh dapatkan terus di kedai kami iaitu bertempat di USJ 1, Subang Jaya.
Selain sibuk dengan bisnes, terkini Yana khabarnya sudah beralih arah pula ke dalam bidang nyanyian dan tampil dengan sebuah lagu duet bersama Tomok, kenapa memilih untuk berduet bersamanya?
Buat masa sekarang saya masih lagi sibuk dengan kerjaya lakonan dan kini ada mencuba kepada bidang nyanyian pula di mana saya ada melancarkan single terbaru berjudul "Cinta Tak Pergi". Di dalam lagu ini saya berpeluang berduet dengan Tomok dan irama lagu serta lirik lagu ini sememangnya dihasilkan oleh beliau sendiri. Saya setuju untuk berkolaborasi dengan Tomok kerana saya selesa bekerja dengan beliau. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dalam telemovie dan drama bersiri berjudul "Suamiku Jururawat Isteriku Doktor", jadi dari situ dah selesa dan senang bekerja dengan Tomok. Alhamdulillah lagu tersebut boleh diterima ramai dan pernah menduduki tangga ketiga semasa di awal pencalonan minggu pertama di rancangan Muzik-Muzik.
Mengenai filem terbaru Yana, boleh cerita sedikit watak Wawa kali ini di dalam sekuel terbaru "Adnan Sempit Sawadikap" dan adakah anda berpuas hati dengan lakonan di dalam filem ini?
Watak Wawa di dalam filem "Adnan Sempit Sawadikap" kali ini lebih kepada watak seseorang ibu yang sangat sibuk dengan kehidupannya menguruskan si suami dan anak sehingga terlupa untuk menguruskan dirinya. Jadi dengan ketiadaan si suami di sisi yang pergi bercuti sambil bekerja di Thailand membolehkan Wawa dan Nadia (Intan Ladyana) menjalani rutin semasa mereka bujang dahulu dengan menghabiskan pergi ke spa dan juga membeli-belah. Setakat ini saya berpuas hati dengan watak yang diberikan, cuma sedikit cemburu dan tidak puas hati kerana tidak merasa melakukan penggambaran di Thailand seperti yang dialami oleh Sam dan Along.
Adakah benar filem "Adnan Sempit Sawadikap" ini merupakan sekuel yang terakhir, dan selain dari filem ini, apa lagi drama atau filem terbaru Yana untuk masa akan datang?
Ya, betul. Memang 'confirm' ini adalah filem "Adnan Sempit" yang terakhir dan tidak akan disambung semula lagi selepas ini melainkan filem ini mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Selain dari filem ini, peminat di luar sana boleh menyaksikan lakonan saya menerusi dua telemovie raya berjudul "Ati Setan" dan "Tujuh Hari Nak Raya" yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri nanti.
Dalam ramai-ramai aktor yang pernah anda bekerjasama, sejujurnya siapa pelakon yang Yana rasa serasi berlakon bersama?
Sepanjang saya berlakon, sejujurnya saya memang serasi dan selesa bekerja dengan Shaheizy Sam. Saya bukan hendak 'bias' di dalam hal ini. Namun, memang saya sangat selesa berlakon dengan Sam kerana ada 'chemistry' yang sangat kuat di antara kami berdua. Walaupun kita berlatih skrip dalam waktu dan keadaan yang berbeza bukan di tempat sama, tetapi apabila sampai sahaja di set dan mula melontarkan dialog-dialog kami boleh tahu yang masing-masing mahukan.
Filem ini merupakan filem terakhir anda bersama Metrowealth (MIG) dan bagaimana perasaan Yana selepas membuat keputusan untuk menguruskan kerjaya sendiri?
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini dan saya lebih selesa bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya sejak tamat kontak dengan MIG secara rasmi pada bulan Februari lalu. Namun saya tidak pernah melupakan jasa pihak MIG sebelum ini yang banyak membantu dalam menguruskan kerjaya selama lebih 10 tahun saya berada di salam industri seni ini. Jatuh bangun saya mereka sentiasa ada di belakang saya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada mereka semua terutama sekali David Teo yang banyak membantu saya dan sekalung penghargaan kerana menghormati keputusan saya untuk berundur diri .
Sebelum mengakhiri perbualan kita, ada apa ucapan khas buat peminat Yana di luar sana?
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat saya tidak kira di mana anda berada. Terima kasih di atas kesudian meminati lakonan mahupun nyanyian saya. Teruskan menyokong industri perfileman tempatan kita. Salam Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri. Saya ingin mohon seribu keampunan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Maaf, zahir dan batin! Kosong-kosong!
Terima kasih Yana!
Sama-sama. Selamat Hari Raya!