Translate

07 July 2014

Penguguran Zizan Razak Daripada Melodi Bukan Kerana Kontroversi

Penguguran Zizan Razak Bukan Kerana Kontroversi

 ..

Penerbit program 'Melodi', Michelle Wee, menepis dakwaan penguguran Zizan Razak adalah disebabkan kontroversi-kontroversi yang terjadi terhadap diri pelawak tersebut.
Bercakap kepada mStar online, kata Michelle, tempoh selama empat tahun mengacarakan rancangan itu sudah agak panjang bagi seseorang pengacara mengendalikan program yang mencecah rating 1.7 juta itu.
"Zizan sudah tamat kontrak pada Jun lalu dan ia tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang dilaluinya malah kami gembira dengan rezeki dia yang kini menyertai pengurusan Astro.
"Sepanjang empat tahun dia mengacarakan Melodi tidak ada sebarang masalah dan telah memberikan prestasi yang sangat cemerlang, cuma tempoh empat tahun itu sudah cukup untuk pihak kami beri peluang kepada muka baru.
"Sementara kita masih mengekalkan Awal berikutan dia baru dua tahun dengan Melodi dan kami masih memerlukan khidmat dia sebagai pengacara senior," ujarnya.
Sementara itu, Awal Ashaari akan bergandingan dengan dua pengacara baharu yang mengantikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz dalam rancangan Melodi terbitan TV3.
Gandingan baharu program Melodi iaitu Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz. Kredit foto mStar onlineGandingan baharu program Melodi iaitu Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz. Kredit foto mStar online
Awal berkata, pada peringkat permulaan ini ada banyak berlaku situasi yang agak janggal antara ketiga-tiga mereka ketika bercakap tentang sesuatu topik.
"Saya akui agak sukar untuk saya serasikan diri dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang apa yang saya cakap mereka tidak sambut begitu juga sebaliknya hingga timbul masa-masa yang saya rasa agak janggal.
"Lagi pula gandingan mereka berdua iaitu Sherry dan Zulin memang sudah kuat membuatkan saya sentiasa fikir dimana untuk mencelah," ujarnya.
Melodi keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.
Bagaimanapun, Awal berkata, dia perlu sedikit masa untuk mencari keserasian tersebut dan mengkaji tentang cara pengacaraan kedua-dua mereka.
"Ketika dengan Zizan dulu pun saya ambil masa selama setahun untuk betul-betul serasi, pada awal-awal kami digandingangkan dulu juga ada masalah yang mana apabila dia buat lawak saya tidak rasa kelakar.
"Saya lihat Sherry dan Zulin ada kekuatan mereka sendiri yang mana Sherry lebih kepada suka melayan dan Zulin suka bercakap pedas," katanya.
Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, pemilihan mereka dalam rancangan hiburan popular ini diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED