Translate

15 January 2014

SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA NIKAH FEBRUARI INI

Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana

Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana
Umum sudah mengetahui bahawa pengarah filem muda, Syamsul Yusof kini telah mula bergiat aktif dalam kegiatan dakwah. Begitu juga dengan Puteri Sarah Liyana yang sudah mengundurkan diri dari bidang lakonan.
Terkini, CARI forum telah berkongsi beberapa keping gambar yang dipercayai foto majlis merisik untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Jelas kelihatan di dalam gambar, Dato Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berada di pelamin bersama dengan gadis tersebut. Walaubagaimanapun, usaha OHBULAN! untuk mendapatkan komen daripada Syamsul Yusof mengenai perkara ini masih tidak berjaya.
Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana
Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana

Syamsul & Sarah Nikah Februari – Datin Patimah Ismail

Syamsul & Sarah Nikah Februari   Datin Patimah Ismail
Berikutan tersebarnya 3 keping gambar yang dipercayai foto ketika Puteri Liyana Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul Yusof , ibu kepada pengarah muda itu, Datin Patimah Ismail telah mengesahkan bahawa dua merpati sejoli itu akan dinikahkan pada bulan Februari ini.
Menurut laporan mStar Online, majlis merisik itu diadakan semalam (Ahad) secara sederhana di kediaman keluarga wanita pilihannya itu yang terletak di Sri Damansara.
“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah”
Syamsul & Sarah Nikah Februari   Datin Patimah IsmailAkhirnya, Syamsul Yusof memilih Puteri Sarah Liyana sebagai suri hidupnya
Melalui perbincangan yang dilakukan, kedua belah pihak bersetuju supaya majlis pernikahan dilangsungkan pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun, tarikh yang tepat bagi majlis pernikahan tersebut masih belum diputuskan lagi.
Datin Patimah turut memberitahu bahawa Syamsul menyatakan hasrat untuk memperisterikan Puteri Liyana Sarah selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah pada 28 Disember yang lalu.
“Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.”
Syamsul & Sarah Nikah Februari   Datin Patimah IsmailPengarah muda ini dirancang akan bernikah dengan pilihan hatinya pada Februari ini
Merestui pilihan anaknya itu, Datin Patimah menyifatkan bahawa Puteri Liyana Sarah adalah seorang gadis yang bersikap lemah lembut dan terbuka.
Datin Patimah merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu secara serentak memandangkan anak bongsunya, Syafiq Yusof juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun depan.



OHBULAN

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 55 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 6 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 9 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 9 hrs 48 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 2 mins ago