Translate

01 January 2014

Selebriti Yang Kahwin & Selebriti Yang Cerai 2013 Selebriti Yang Cerai 2013

Selebriti Kahwin, Selebriti Cerai 2013

..
Melangkah ke tahun 2014, dan ini beerti kita membuka diari baru dengan azam baru atau mungkin... ada bawa azam tahun lalu (yang tak sempat nak ditunaikan) ke tahun ini. Heh.
Apapun, persada hiburan tanah juga tidak ketinggalan mencoretkan 1001 peristiwa dan momen suka dan duka sepanjang tahun 2013. Antara topik yang menjadi bualan hangat tentunya perkahwinan juga perceraian artis dan personaliti popular. Sekadar mengimbas sejenak, berikut antara selebriti yang 'bina masjid' dan selebriti yang bergelar janda juga duda.
.. 

 Pelakon kecil molek, Liyana Jasmay menjadi pengantin pertama bagi        edisi Perkahwinan Selebriti 2013. Pemilik nama sebenar, Liyana Datuk  Jasmay, 25, sah bergelar isteri kepada Fathuddin Hj. Mazlan, 28,        dengan dua kali lafaz, pada 2 Februari lalu. Liyana kini sedang hamil tiga  bulan.



..


Ikatan perkahwinan selama lapan tahun antara penyanyi Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe akhirnya terlerai apabila pasangan ni sah bercerai pada 5 Mac lalu.
Dion, 40, seorang warga New Zeland melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Jeslina, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

..


Setelah menyulam cinta mereka selama lima tahun, akhirnya pelakon Jehan Miskin kini secara rasmi bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee (Julie), dengan dua kali lafaz, pada 4 Mei lalu. Majlis ijabkabul aktor dan gadis kelahiran Korea Selatan itu berlangsung di Carcosa Seri Negara.



..


Penyanyi dan penyampai radio Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Jusoh pada 7 Jun lalu. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Teluk Intan Perak
Menurut Zahid, dia mula mengenali Sara Julifa ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa isterinya itu bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

..

Penyanyi 90-an yang pernah popular menerusi lagu Hadirlah Kasih, Shajiry, sah bergelar suami kepada Yusnita Yusof dengan hanya sekali lafaz, pada 1 Jun lalu. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery telah dinikahkan oleh bapa saudara pengantin perempuan iaitu Sahak Mohd Amin. Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1000 tunai dan wang hantaran sebanyak RM15,000 tunai.


..


Setelah enam tahun menyulam cinta sejak tahun 2008, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen,Izzue Islam akhirnya sah bergelar suami kepada Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin, 31, dengan sekali lafaz, pada 2 Jun lalu. Majlis ijabkabul telah diadakan di Dewan Shah Alam N'dah, Shah Alam.



..

Pelakon Amar Asyraf selamat bergelar suami kepada Arna Salleh dalam satu majlis pernikahan yang belangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak pada 7 lalu. Hero drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa itu menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.



..



Selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan,pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz, pada 7 Jun lalu. Majlis ijab kabul kedua mempelai ini telah diadakan di Masjid Usamah Bin Zahid, Seksyen 2, Wangsa Maju.



..
Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengarah Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dengan sekali lafaz, pada 23 Jun lalu. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.
Pierre dan Yaya telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Yaya, Taman Sri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru selepas berkenalan selama dua tahun. Pasangan ini mula berkenalan menerusi laman sosial Facebook.


..


Amir dan Kartini, 27, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Penview Hotel, Kuching, oada 5 Oktober lalu. Pada majlis itu, Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan.






..


Akhirnya ikatan perkahwinan lima tahun antara Noniswara (Nonis), 44 dan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, terlerai jua apabila pasangan ini bercerai secara taklik, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 18 Julai lalu. Untuk makluman, kes ini telah pun ditangguhkan sebanyak 3 kali.



..
Penyanyi dan pelakon Abby Abadi hari ini kembali mengejutkan peminat hiburan tanah air apabila memuat naik sekeping foto menunjukkan dia sedang memeluk seorang lelaki yang nampak muda usianya - lingkungan 20-an.

Seperti mana kata Abby menerusi Instagramnya, dipendekkan cerita pemuda yang dikenali sebagai Farhan itu adalah suaminya. Abby mengesahkan dia telah bernikah dengan lelaki tersebut.


..

Perkahwinan yang baru saja dibina di antara penyampai radio Breakfast Show Hitz.fm, Ean dengan isterinya Zehan Marissa pada pertengahan bulan lalu, sudah pun tidak mampu diselamatkan lagi.

Tidak pasti apakah sebab dan puncanya, namun difahamkan, kedua-dua mereka sudah pun bersetuju mengambil keputusan untuk bercerai, beberapa hari sebelum menjelang Ramadan


..
Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya pada 24 Julai lalu. Dengan lafaz sebanyak 2 kali, pasangan itu selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.




..

Setelah bertahun-tahun melalui konflik rumah tangga, akhirnya pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bercerai. Laporan Berita Harian menyebut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu. Kejadian berlaku Ramadan lalu.



..

Pelakon Bront Palarae selamat melangsungkan pernikahannya seorang wanita yang juga kenalan lama telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia pada 2 September 2013. Walaupun majlis daiadakan secara rahsia, namun tetap berjaya di hidu media.
Lantas tercetus kontroversi apabila Bront seolah-olah tidak mahu mengakui apabila diminta mdembuat penjelasan mengenai hal itu. Bagaimanapun akhir pelakon filem 'Psiko Pencuri Hati' ini mengakui yang dia sudah berkawin.

..
Penyanyi Black Hanifah akhirnya sah bergelar suami kepada Naquira Yasira Mohamad Khairi atau dikenali dengan panggilan Chira Khairi, dengan sekali lafaz, pada 13 September lalu. Majlis ijabkabul telah diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi program Wanita Hari ini, di TV3.




..

Ikatan pertunangan selama tiga bulan antara pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30, dan Md Zhafran Md Yusof akhirnya hubungan pasangan dua sejoli ini termetrai sebagai suami isteri yang sah apabila Fouziah selamat bergelar suri hati ahli perniagaan dan perunding keewangan ini, dengan hanya sekali lafaz pada 21 September lalu.




..


Selepas sehari bertunang, pelakon kacak Fizo Omar akhirnya sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim (Mawar), dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.32 pagi tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan kediaman keluarga pengantin perempuan yang terletak di Country Heights, Kajang.



..
Seperti mana satu Malaysia sedia maklum, tarikh 11.12.2013 merupakan tarikh keramat buat pasangan kontroversi lagi sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang akhirnya sah bergelar suami isteri, dengan sekali lafaz.
Majlis ijabkabul pasangan yang mendapat jolokan Wedding Of The Year ini berlangsung penuh meriah di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam. Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah tersebut.

..


Penyampai radio, Linda Onn, 36 tahun kini sudah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34 tahun. Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan secara tertutup di Masjid Bukit Indah Ampang, pada 27 Disember lalu. Difahamkan, pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu.



- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED