Beto Khusyairy Akui Segan Setiap Kali Didekati Peminat
- Details
- Published on Monday, 13 January 2014 10:36
Bagi orang yang tidak mengenali aktor ini secara dekat, dengan mudah akan menganggap yang dia seorang yang sombong. Namun akui Beto Khusyairy, dia sebetulnya seorang yang pemalu dan pendiam. Bahkan beritahu bintang filem Istanbul Aku Datang ini, niat awalnya menceburi dunia lakonan adalah disebabkan mahu 'memecah tembok' sikap itu.
Boleh dikata sejak membintangi Istanbul Aku Datang, nama Beto semakin meniti di bibir peminat. Kini, kemana saja dia pergi, pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman, 33, kerap disapa peminat. Pendek kata, Beto sekarang antara aktor yang digilai dikalangan peminat wanita.
"Asalnya saya ni sangat pemalu dan pendiam. Ramai juga yang cakap saya sombong. Saya ceburi bidang lakonan ni pun sebagai terapi dan dnak pecahkan tembok malu tu.
"Allhamdulillah, kini lakonan saya juga semakin mendapat sokongan ramai. Tapi yang banyak lagi watak-watak yang saya belum cuba. Selagi boleh saya nak lagi bawakan watak yang lebih mencabar.
"Malu sebenarnya saya nak jawab soalan ni... Tak dinafi memang peminat saya ramai dikalangan kakak-kakak. Sebenarnya saya segan bila peminat-peminat datang hampiri dan nak bergambar dengan saya. Bukan saya tak suka, cuma saya ni segan dengan mereka. Tapi selagi saya boleh layan, aya akan layan mereka sebab kebanyakannya menyapa saya secara baik ",katanya ketika ditanya apakah perasaan bila digilai ramai peminat dikalangan perempuaan yang sudah berstatus isteri orang.
Beto ditemui pada sidang media drama terbaru lakonannya, Qadr, bertempat di The Gardens, baru-baru ini.
Sementara itu mengenai Qadr, Beto berkata dia tertarik untuk menjayakan supertelemovie arahan Faisal Ishak itu kerana pengisian dan perjalanan cerita yang penuh dengan mesej dan tauladan.
"Qadr ni lain daripada yang lain dari segi perjalanan cerita dan pengisiannya. Selain tu kita tahu yang Faisal memang bagus dari segi pengarahannya dan tak ada sebab aya tolak tawaran ni.", katanya yang menjalani penggambaran sekitar Oktober tahun lalu.
Qadr mengisahkan enam watak utama ditakdirkan bertemu apabila mereka terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. Kehidupan keenam-enam watak ini dikupas dan diterokai dari sewaktu detik kemalangan.
Penonton kemudiannya dibawa menyelami kisah mereka sebelum kemalangan dan kemudian bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas tragedi ngeri itu.
Selain Beto Khusyairi, Qadr turut dijayakan pelakon seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayob, Tengku Hanis, Zain Hamid dan ramai lagi, 'Qadr' bakal bersiaran pada 6 Januari ini, menerusi saluran Astro First Eksklusif.
-mD
Malaysian Digest