Translate

16 March 2025

Sindiket tumpas, dadah bernilai RM1.6 juta dirampas



Sindiket tumpas, dadah bernilai RM1.6 juta dirampas

Bernama

16/03/2025


Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali (tengah) ketika sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA


BAGAN DATUK: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pelbagai jenis dadah dengan penangkapan tiga lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Lembah Klang pada Rabu lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan suspek pertama berusia 47 tahun di sebuah rumah papan dalam kawasan ladang kelapa sawit di Ulu Bernam, Bagan Datuk, kira-kira 10.20 malam.

"Semasa serbuan, suspek sedang memproses dadah jenis ketamin di dalam rumah yang disewa dan dijadikan makmal haram sejak tiga bulan lalu.

"Hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut berjaya menemui dadah jenis ketamin dan syabu dengan anggaran berat masing-masing 27.05 kilogram (kg) dan 1.8 kg serta cecair dadah jenis ketamin seberat 40 liter," katanya pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lagi suspek kira-kira 11.30 malam pada hari yang sama di dua rumah berasingan di Sentul, Kuala Lumpur, dan Batu Caves, Selangor. Suspek masing-masing berusia 44 dan 42 tahun.

Mat Zani berkata, polis turut merampas peralatan memproses dadah, pelbagai jenis bahan kimia serta dua kenderaan, iaitu Nissan Almera dan Toyota Camry, dalam serbuan berkenaan.

"Nilai keseluruhan rampasan, termasuk dadah dan kenderaan, dianggarkan berjumlah RM1.7 juta.

"Dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 232,500 penagih dan dipercayai untuk pasaran di sekitar Perak dan Lembah Klang," katanya, sambil menambah bahawa hasil ujian saringan mendapati kesemua suspek negatif dadah.

Menurutnya, sindiket ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Mereka kini direman selama seminggu sehingga 19 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"JSJN akan meneruskan siasatan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas agar mereka dapat diheret ke muka pengadilan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Philippines Senate launches investigation into Dut' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda ' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''DEFIES LOGI' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 56 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 1 hr 33 mins ago