Translate

16 March 2025

Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR



Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR

Bernama

16/03/2025


Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden parti berkenaan pada pemilihan 24 Mei ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden parti berkenaan pada pemilihan 24 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan beberapa pemimpin dan rakan-rakannya dalam parti.

"Penilaian dan perbincangan mendapati terdapat ruang untuk saya menabur bakti kepada parti dan juga setelah berbincang dengan cabang Lembah Pantai dan rakan-rakan di peringkat akar umbi ketika menjelajah ke negeri-negeri.

"Bila tiba masa nanti, insya-Allah saya akan menghantar pencalonan," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma dan bubuk lambuk kepada orang ramai ketika lawatan ke Bazar Ramadan Bazaria, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata beliau dan pasukannya akan merangka strategi yang berbeza untuk memastikan kemenangan pada pemilihan parti kali ini.

"Pertandingan dalam Keadilan (PKR) adalah pertandingan dalam keluarga, kita berusaha untuk bertanding secara sihat, elak daripada elemen tidak baik. Ini juga pesanan daripada Presiden (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Sudah pasti bagi saya dan pasukan akan tawarkan idea terbaik kami, sebab Keadilan juga merupakan parti yang berpandangan jauh ke depan dan dalam kalangan anggota, mereka ingin melihat apakah idea-idea yang cuba dibawa selain usaha dan ikhtiar daripada kepimpinan," katanya.

Fahmi menjadi pemimpin terbaharu yang mengumumkan hasrat untuk bertanding selepas empat penyandang menyatakan akan mempertahankan jawatan naib presiden iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nurul Izzah Anwar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 4 hrs ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, ' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Anuradhapura viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 4 hrs 38 mins ago