Translate

17 March 2025

1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion



1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion

Bernama

17/03/2025


SPRM memaklumkan bahawa aset yang telah dikembalikan adalah sebanyak RM14,670,676.61, melibatkan mata wang asing iaitu SGD1,388,122.52, USD85,868.53, NZD344,163.76 dan AUD3,181,097.67. - Gambar fail/Reuters/Olivia Harris


PUTRAJAYA: Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa jumlah itu mencatatkan kadar pemulihan yang sangat tinggi berbanding kadar pemulihan aset global hasil daripada usaha bersepadu agensi penguatkuasaan serta kolaborasi antarabangsa.

Menurut SPRM, kejayaan pemulihan aset berkenaan membuktikan keupayaan serta komitmen berterusan suruhanjaya itu dalam membawa pulang aset yang diperoleh secara tidak sah.

"Ia juga mencerminkan keberkesanan kerjasama antara SPRM dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura dalam memerangi rasuah serta pengubahan wang haram," menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan bahawa aset yang telah dikembalikan adalah sebanyak RM14,670,676.61, melibatkan mata wang asing iaitu SGD1,388,122.52, USD85,868.53, NZD344,163.76 dan AUD3,181,097.67.

"Dana yang diperoleh itu sudah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset di bawah Kementerian Kewangan Malaysia," menurut kenyataan itu.

SPRM turut memaklumkan bahawa sebanyak RM12,974,730.41 telah dikembalikan kepada kerajaan hasil daripada penjualan hartanah serta pemindahan dana daripada akaun syarikat milik Tan Kim Loong, seorang warganegara Malaysia yang dikaitkan dengan Low Taek Jho.

"Pemindahan dana ke Akaun Amanah Pemulihan Aset telah dilakukan pada 18 Feb 2025, 7 Mac 2025, dan 10 Mac 2025," menurut kenyataan itu.

Selain itu, SPRM memaklumkan bahawa sejumlah RM1,695,946.20 telah dipulihkan daripada Yak Yew Chee, seorang warganegara Singapura dan bekas pegawai bank yang telah disabitkan kesalahan di Singapura kerana penglibatannya dalam kes 1MDB.

"Dana ini telah dikreditkan ke Akaun Amanah Pemulihan Aset pada 21 Jan 2024.

"SPRM akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset negara yang diseleweng serta bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dalam menangani kes-kes berkaitan rasuah dan jenayah kewangan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 5 hrs 33 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 56 mins ago