Translate

07 February 2025

RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud



RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama

06/02/2025


Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa berusia 68 tahun yang bekerja sebagai perunding itu tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata mangsa kemudiannya ditawarkan empat jenis pelaburan berbeza dan membuat 48 transaksi pembayaran dari Oktober 2024 hingga Januari 2025 berjumlah RM2,821,654 ke 23 akaun bank berbeza iaitu lapan akaun Hong Leong Bank, CIMB (empat), RHB Bank (tiga), BSN (dua), Affin Bank (dua), GX Bank (dua) dan masing-masing satu Public Bank dan Maybank," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis selepas menyedari tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan, sebaliknya terus diminta membuat bayaran tambahan bagi 'mencairkan' keuntungan dalam aplikasi pelaburan yang digunakan.

"Satu laporan polis telah diterima pada 27 Jan lepas di Kota Kinabalu, Sabah dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

"Kami (polis) menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. Pastikan pelaburan yang diceburi adalah sah dan berdaftar dengan pihak berkuasa," katanya.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 20 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 15 mins ago