Translate

07 February 2025

Polis Indonesia Bengang Influencer Malaysia Berlakon Hilang Dalam Hutan 3 Hari



Polis Indonesia Bengang Influencer Malaysia Berlakon Hilang Dalam Hutan 3 Hari

VOCKET 

February 6, 2025




Polis Indonesia sahkan bahawa kehilangan influencer Malaysia, Eyka adalah satu pembohongan dan penipuan.

Polis Indonesia kesal kerana sekumpulan pempengaruh dari Malaysia yang diketuai Ammar Nazhan telah menimbulkann keresahan orang ramai dengan lakonan kononnya Eyka hilang di dalam hutan.

Ammar Nazhan yang tanpa rasa bersalah sebelum ini sempat memuat naik video dengan penguatkuasa di sana dan mengesahkan mereka sudah membuat laporan polis selepas Eyka hilang lebih 48 jam.

Menurut Ammar yang terkenal dengann video makan kentang itu, dia difahamkan di Indonesia, syarat untuk melaporkan orang hilang haruslah 48 jam.


Eyka selamat ditemui

Kemudian semalam, Ammar Nazhan dan rakan rakannya menemui Eyka. Setelah mereka melaungkan azan dan mengikut arah kiblat mencari gadis itu.

Awalnya ramai yang gembira melihat Eyka selamat ditemui. Sehingga ramai yang memberikan gift di TikTok mereka.

Namun kemudian ada yang mulai sangsi adakah Eyka benar benar hilang dalam hutan. Ini kerana keluara Eyka jelas sekali terlalu tenang berdepan situasi ini.

Selain itu ketika Eyka dijumpai, netizen mendapati Eyka dalam keadaan sangat bersih dan solekannya masih kekal ‘glowing’.

Namun peminat tegar Ammar Nazhan mempertahankan mereka dengan menyatakan bahawa Eyka benar benar hilang sebelum ini. Dan ianya bukan sekadar konten.


Caprice pecah lubang

Akhirnya, hari ini, Caprice memberitahu bahawa dia sudah menghubungi salah sebuah agensi yang mengendalikan beberapa influencer di dalam pasukan Ammar Nazhan itu.

Dan agensi itu mengesahkan bahawa semua itu palsu dan mereka sangat kecewa kerana influencer di bawah kendalian mereka itu sudah dinasihati jangan buat konten dengan Ammar Nazhan lagi. Namun mereka berdegil dan terus berkolaborasi dengan Ammar Nazhan walaupun tidak dibayar.







Ramai mulai bengang dengan Ammar Nazhan yang menjadikan perkara seperti itu satu konten. Siap buat solat hajat untuk mencari Eyka.

Ada yang berpendapat, jika benar Eyka hilang sekadar konten, bermakna Ammar Nazhan dan rakan rakannya juga mempersendakan agama sendiri dengan cara sebegitu.

Polis Indonesia kesal tindakan influencer Malaysia langgar peraturan siber

Malam ini laporan dari Indonesia menyusul. Polis Indonesia sahkann bahawa cerita Eyka hilang dalam hutan satu lakonan untuk menarik tontonan dan perhatian di media sosial.



Eyka (tengah)


Ianya satu kesalahan siber di negara tersebut apabila seseorang itu dengan sengaja menyebarkan berita palsu atas kepentingan tertentu.

Menurut polis, walaupun mereka sudah meminta kebenaran warga tempatan di situ untuk membuat konten, namun undang undang Indonesia tetap berkuasa untuk menghukum kesalahan mereka.

Ammar dan rakannya Arasz sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Dan mereka mengakui mereka sekadar berlakon.

Dipetik daripada Kumparan News menerusi Sinar Harian, Polis berkata: “Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan bahawa mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal’.




“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

“Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu. Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” ujar Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia.

Ammar Nazhan dan rakan rakannya dilaporkan sudah meminta maaf kepada pihak polis dan pengakuan secara bertulis serta video bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Netizen rata rata kecewa dengan tindakan Ammar Nazhan dan rakan rakannya yang dianggap sudah mengaibkan nama negara di luar negara terutama sekali di negara jiran.

Sudah ada yang mulai bersuara agar pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya ke atas Ammar Nazhan dan rakan rakan yang terang terang telah menyebarkan berita palsu kepada umum dengan konten yang dianggap tidak bermanfaat.

Ini bukanlah kali pertama Ammar Nazhan terlibat kontroversi kerana kontennya. Sebelum ini sudah ramai menegur konten Ammar Nazhan yang menempatkan lelaki dan wanita beragama Islam duduk bersama, dan bergaul bebas.

Kemudian mereka seringkali membuat konten yang dianggap mampu memberikan impak negatif kepada pengikut mereka yang rata rata budak sekolah dan remaja.









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 20 mins ago
A visitor from Hilden viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 31 mins ago