Translate

07 February 2025

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi



Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi

Bernama

06/02/2025


Ahmad Kamarunzaman memeriksa dokumen pemandu kenderaan dalam Op Penyamaran sempena Operasi Tahun Baharu Cina 2025 di kawasan Rehat dan Rawat Rawang hari ini. - Gambar Bernama


RAWANG: Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata kesalahan paling banyak direkodkan ialah tidak mematuhi lampu isyarat dengan 127 notis, diikuti memandu di lorong kecemasan (66), memandu di lorong kanan secara berterusan (39), tidak memakai topi keledar (35) dan menggunakan telefon bimbit (21).

Turut direkodkan kesalahan tiada lesen memandu (enam notis) dan cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans iaitu sebanyak empat notis.

Ahmad Kamarunzaman berkata Op Penyamaran yang dilaksanakan sepanjang masa itu menggunakan kenderaan tidak berlogo selain anggota serta pegawai JPJ yang bertugas tidak mengenakan pakaian seragam semasa melakukan penyamaran.

"Apabila ada kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan kita akan tahan untuk pemeriksaan dan mengeluarkan kompaun," katanya.

Beliau berkata operasi itu dilaksanakan bagi memastikan pengguna jalan raya sedar bahawa JPJ sentiasa melakukan pemantauan setiap masa di semua lokasi sekitar Selangor.

Dalam operasi khas itu juga, beliau berkata JPJ turut memfokuskan objektif strategik penguatkuasaan iaitu memantau kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam selain kesalahan berjadual.

"Tujuan operasi itu juga bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian. Maka kita tidak akan berkompromi dengan pengguna yang dikesan melakukan tujuh kesalahan berjadual," katanya.

Ahmad Kamarunzaman turut menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik serta merancang perjalanan selain rehat yang mencukupi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 41 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 52 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 52 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 2 hrs 59 mins ago