Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Bernama
24/02/2025

Tengku Amir Shah (empat, kanan) mencemar duli hadir ke majlis menandatangani perjanjian dan pecah tanah Taman Perindustrian Chery Smart Auto di Pusat Konvensyen Setia Alam di Shah Alam semalam. - Foto Facebook Chery Malaysia
SHAH ALAM: Legenda Beringin Holding Sdn Bhd dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd menandatangani perjanjian untuk membangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar Chery (Chery Smart Auto Industrial Park) di Automotif Berteknologi Tinggi Lembah Beringin (Beringin HTA Valley), Hulu Selangor, semalam.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata taman perindustrian itu yang dijangka siap pada 2026, merupakan teras fasa pertama pembangunan ekosistem Beringin HTA Valley seluas 324 hektar (800 ekar), yang menjadikan Hulu Selangor sebagai kawasan pembuatan automotif bertaraf dunia dan berteknologi canggih.
Beliau berkata Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.
Ia merupakan antara pelaburan penting untuk memajukan ekosistem perindustrian dan memperkukuhkan daya saing Selangor, serta meletakkan negeri ini sebagai hab pelaburan serantau utama.
"Kemajuan yang kita raikan hari ini merupakan bukti kepada apa yang boleh dicapai melalui perkongsian dan hubungan yang kukuh. Pelaburan oleh Chery Malaysia di Hulu Selangor dan pembangunan oleh Legenda Beringin mengutamakan perkara ini.
"Saya ingin memuji inisiatif Invest Selangor dalam memacu pelaburan asing, dan bekerjasama dengan Legenda Beringin serta Chery Malaysia untuk merealisasikan Beringin HTA Valley dan Taman Perindustrian Chery Smart Auto," katanya.
Teks ucapan Amirudin dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti negeri Ng Sze Han di majlis menandatangani perjanjian dan pecah tanah Taman Perindustrian Chery Smart Auto di Pusat Konvensyen Setia Alam di sini semalam.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli ke majlis berkenaan.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengerusi Legenda Beringin Chia Song Kooi, dan Presiden Chery International Zhang Guibing yang disaksikan oleh Tengku Amir Shah dan Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue.
Sementara itu, Zhang berkata Taman Perindustrian Chery Smart Auto seluas 81 hektar (200 ekar) dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran awal sebanyak 100,000 kenderaan setahun, yang boleh ditingkatkan kepada 300,000 kenderaan setahun, merangkumi model enjin pembakaran dalaman (ICE) hinggalah kepada teknologi terkini seperti kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV), dan kenderaan cekap tenaga (EEV).
"Kami yakin selepas ia siap, kemudahan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menempatkan pusat R&D yang canggih, memperluaskan eksport kenderaan ke negara jiran, memperkukuh peranan Selangor melalui rantaian bekalan yang teguh, dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif utama di ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Feb 2025
(1473)
- MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan...
- Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan ten...
- Pope Francis, two weeks into hospital stay, contin...
- Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam i...
- Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac
- Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000...
- Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Di...
- Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahan...
- Kecederaan Zulfarhan sebabkan kematiannya tidak da...
- JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpan...
- PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa ke...
- Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu...
- Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dib...
- Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan
- 13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela...
- Malaysia catat jumlah perdagangan RM241.9 bilion p...
- Bitcoin kali pertama jatuh bawah AS$80,000 sejak N...
- Khairul Aming labur lebih RM100,000 untuk strim la...
- Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada R...
- Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.7...
- Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak...
- Penjawat awam Selangor pulang 30 minit awal sepanj...
- Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhad...
- Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas h...
- 7,100 Mangsa Penipuan Masih Terkandas, 84 Warga In...
- RUU PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR "NAK MELAYU MEREMPAT...
- "Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila...
- Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah...
- Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul...
- Pelajar tingkatan enam maut kereta jatuh gaung
- JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditah...
- Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, J...
- Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah b...
- Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara...
- Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenya...
- Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor du...
- Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Ke...
- Trump accepts invitation from King Charles to atte...
- Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara -...
- Household debt at RM1.63 trillion at end of 2024, ...
- Malaysia's digital investments hit record RM163.6 ...
- Congestion charge can reduce KL traffic by 20 per ...
- FULL: President Trump meets with British PM Starmer
- Alif Aziz Dan Ruhainies Didenda RM3,000 Mengaku Be...
- Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapa...
- PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklu...
- Tragedi rentung lima beranak: Sistem pendawaian el...
- South Korea hosts Asia's largest drone show in Busan
- Buaya muncul ketika orang ramai mandi di pantai Po...
- Pengecualian Bayaran Balik PTPTN:Dulu Semasa Pemba...
- Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di m...
- Polis kejar Pajero 15km, rampas 200kg syabu bernil...
- Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
- Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kre...
- Syed Saddiq Bawa Bella Astillah & Ayden Masuk Parl...
- UCI IKTIRAF SAUDA CATAT REKOR DUNIA
- Berang Cinta Ditolak #MGFlash
- Doktor ditahan, disyaki berkelakuan tidak senonoh ...
- Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Ke...
- PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
- US didn't respect Anwar's stand on Gaza, says Nazri
- Jokowi Menerina Tun Dr. Mahathir Bersama Putrinya ...
- HIGHLIGHTS! Haaland goal on return earns narrow vi...
- Hegseth calls out 'BS' article alleging mistreatme...
- Liverpool 2 - 0 Newcastle United | 2024/25 Premier...
- Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion p...
- Macam Ni Nak Jadi MB Nak Jadi Menteri? Susah
- PM hits out at those advising him 'not to travel t...
- Avitan Shalom sentenced to seven years for possess...
- Trump floats $5 million 'gold card' as a route to ...
- Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Pres...
- Trump confirms Zelenskyy to White House tomorrow t...
- President Trump Hosts First Cabinet Meeting, Feb. ...
- Manchester United 3 - 2 Ipswich Town | 2024/25 Pre...
- “Saya minta maaf kepada Puan Ellie Suriaty”... Imr...
- Hanya 5 Minit Curi Mangkuk Tandas Emas Bernilai Rm...
- Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
- Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu la...
- PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
- Donald Trump shares AI-generated video of Gaza vision
- Najib Bukan `Diktator’ Dalam 1MDB – Che Lodin
- 14 Tikaman Pada Jasad Penyanyi Sambilan
- Ugut bunuh isteri kerana tak beri wang untuk depos...
- Finance Ministry reveals top ten medical insurance...
- Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
- Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
- Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis l...
- Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
- Asteroid 2024 YR4 no longer poses a major threat t...
- PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
- 60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket ...
- Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digan...
- PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjal...
- Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
- Lima Lelaki Pukul OKU Didenda RM2,000
- Kes Saman RM10 Juta Amiruddin Terhadap Sanusi Selesai
- Khutbah ‘dikuasai DAP’: Laporan polis dibuat pada ...
- Kena Ada Konsesus! Bukan Hanya Cadangan Dari Syed ...
- 17 dead, dozens injured in sightseeing bus crash i...
- Kecoh: 'Kenapa bantah sangat bahasa Tamil?' - Raye...
- 27 Proton e. MAS 27 disediakan sebagai pengangkuta...
- DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga...
- Dewan kecoh lagi bila Kota Melaka menuduh Kerajaan...
- Avitan Shalom dipenjara tujuh tahun miliki peluru,...
- PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri '...
- Southwest flight avoids collision at Chicago Midwa...
- Arau Mula Dengan Pantun, Ketua Pembangkang Pula Ke...
- Dewan Riuh Menteri Bidas MP Pas Isu Lapangan Terba...
- ‘Kantoi’ Seludup Kokain Dalam Rambut Palsu
- Polis Kesan Suspek Kes Pukul, Ragut Di Simpang Pulai
- PGA tumpas cubaan seludup pokok durian, laici dan ...
- Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah da...
- PM Anwar bersarapan bersama rakan sejawat dari Vie...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
- Trump debuts $5 million 'Gold Card' program
- Polis tahan tujuh individu geng pecah rumah di Pul...
- MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan pengg...
- Elon Musk to attend Trump's first official Cabinet...
- Don’t fear AI, embrace it: Malaysia must lead, say...
- Malaysian fresh durians command premium status in ...
- New search for MH370 wreckage under way off Austra...
- 3,600 pornographic websites blocked as of Feb 15 -...
- Petronas' profit slips 32 pct to RM55.1 bln in FY...
- Anwar tiba di Hanoi untuk lawatan kerja 2 hari ke ...
- 76,000 Babi Di Selangor Dikesan Dijangkiti ASF
- Miliki Senjata Api Dan Peluru Pengurus Syarikat Di...
- PLKN 3.0 116 Pelatih Tamat Latihan Siri Pertama, ...