Translate

29 December 2024

Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka



Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka

Bernama

29/12/2024


Menurut JPBNT trend bilangan mangsa setakat 6 petang menunjukkan peningkatan susulan hujan masih berterusan. - Gambar fail/Bernama


KUALA TERENGGANU: Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga kini ditempatkan di PPS Kampung Lubuk Periuk dan Balai Raya Kampung Peneh membabitkan masing-masing 20 dan 28 mangsa.

Menurut JPBNT trend bilangan mangsa setakat 6 petang menunjukkan peningkatan susulan hujan masih berterusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di enam daerah sehingga esok, membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan untuk dua lagi daerah iaitu Kuala Terengganu dan Marang.

Semakan di portal Public InfoBanjir mendapati lima stesen di negeri itu mencatatkan bacaan paras air melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Telemong di Kuala Ping (F1), dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1) di Hulu Terengganu.

Dua lagi stesen ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La di daerah Besut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 4 hrs 6 mins ago