Translate

31 December 2024

Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa akibat pendarahan dalaman pada kepala



Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa akibat pendarahan dalaman pada kepala

Bernama

31/12/2024


Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital. -Gambar hiasan/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 12 Nov lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II adalah disebabkan pendarahan dalaman pada bahagian kepala.

Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Jabatan Penjara Malaysia telah membuat laporan polis pada hari kematian dan keluarga tahanan juga membuat laporan pada 16 Disember berkaitan punca kematian.

Jabatan Penjara akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan dan meminta orang awam tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai kejadian tersebut.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan prospek merupakan tahanan reman lelaki berumur 32 tahun dan telah dimasukkan ke Penjara Pengkalan Chepa atas kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan tiada masalah kesihatan.

Menurut Jabatan Penjara, satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes kematian tahanan reman pada hari sama oleh pegawai penjara bertugas.

"Berdasarkan laporan pegawai perubatan dan siasatan pegawai penjara, hakim koroner telah mengesahkan punca kematian dan pihak keluarga prospek berpuas hati dengan keterangan yang diberikan seterusnya jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan," menurut kenyataan itu.

Namun, pada 16 Dis, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga prospek berkaitan punca kematian prospek.

"Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk sebarang siasatan yang dilaksanakan.

"Sehubungan itu, Jabatan Penjara memohon kerjasama daripada orang awam agar tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian kes itu," menurut kenyataan itu.

Media tempatan semalam melaporkan keluarga prospek mendakwa kematian itu dalam keadaan mencurigakan dan mereka dalam usaha untuk menuntut keadilan atas apa yang berlaku.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Geng Along Jep tumpas, empat lelak' 3 hrs 18 mins ago