Translate

30 December 2024

Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat seks melalui WhatsApp



Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat seks melalui WhatsApp

Bernama

30/12/2024


Aniza ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian, pada 16 November. Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan. -Bernama


KOTA BHARU: Seorang suri rumah dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian.

Aniza Shakiera Ahmad, seorang suri rumah, dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks melalui WhatsApp.

Aniza ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian, pada 16 November. Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Jika gagal membayar denda, Aniza boleh dipenjara selama dua bulan. Peguamnya memohon jaminan dikurangkan atas faktor dia adalah suri rumah sepenuh masa dengan tujuh anak.

Aniza Shakiera Ahmad, 36, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan setelah didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka pada 7.30 malam, 16 Nov lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda dan membuat serbuan atau pemeriksaan di rumah tumpangan terbabit bilamana dia telah menawarkan khidmat seks dengan bayaran sebanyak RM150 sekali langganan.

Wanita berkenaan didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK) Ariyani Mohd Amin @ Abdul Hamid.

Ariyani mewakili anak guamnya memohon jaminan dikurangkan atas faktor tertuduh adalah suri rumah sepenuh masa, mempunyai tujuh anak dan suami bekerja di kilang pemprosesan ayam.

Mahkamah mengenakan denda RM2,000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara dua bulan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED