Translate

31 December 2024

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan



Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan

Bernama

31/12/2024


Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan. -Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium, bulan lepas.

Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun, yang ketika kejadian merupakan pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Lelaki itu didakwa mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sembilan bulan semasa kejadian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa di sebuah kondominium di Jalan Kuching, Sentul di sini antara 9 hingga 11 malam, 21 Nov lepas.

Wanita itu yang juga ibu tiri kanak-kanak berkenaan, dituduh menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Peguam Farriz Minarwan Basaruddin yang mewakili tertuduh wanita dan Mohamad Zainuddin Abu Bakar mewakili tertuduh lelaki memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coa' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi satu pe' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Simfoni Budaya II bakal temui peminat 5 Ju' 13 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'An Iranian was sentenced to death after the Alor S' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penduduk sekitar Sungai Batu Pahat diminta waspada' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 4 hrs 27 mins ago