Translate

30 December 2024

Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000



Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000

Bernama

30/12/2024


Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang wanita berjumlah RM170,000.

Jariton Sa'adiah Buhari, seorang suri rumah warga emas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM170,000 milik Chia Min Min.

Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Jariton Sa'adiah Buhari, 63, didakwa menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang RM170,000 milik Chia Min Min, 48, yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik tertuduh di sebuah restoran di sini, antara 14 Feb hingga 8 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana dia yang tidak bekerja merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 5 Feb tahun depan untuk sebutan kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 27 mins ago
A visitor from Port saint lucie viewed 'Rebel Saudi women appear in public without hijab, ' 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 47 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 35 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 8 hrs 41 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 8 hrs 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 9 hrs 21 mins ago