Translate

31 December 2024

Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis



Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis

Bernama

31/12/2024


Mohd Yusoff berkata, pada 7 pagi semalam, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi. - Gambar fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki iaitu orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, meninggal dunia pada 7.40 pagi semalam, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

"Lelaki ini telah ditangkap pada 12.30 tengah hari, 26 Dis dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pada 9.14 pagi, 27 Dis, OKT tersebut dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman selama empat hari bermula 27 Dis hingga hari ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pada 7 pagi semalam, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi.

Mohd Yusoff berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan masih dijalankan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 10 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 40 mins ago